Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Seramai 176 penduduk Yahudi yang dibantu oleh tentera khas Israel telah menyerbu Masjid Al-Aqsa yang terletak di Al-Quds. Perkara itu dilaporkan oleh pengarah masjid tersebut, Syeikh Omar Qiswani.
Menurut Syeikh Omar Qiswani, lebih daripada 170 orang peneroka Yahudi telah menyerbu masuk ke perkarangan Masjid Al-Aqsa pada hari Rabu. Mereka dikatakan cuba untuk melakukan ritual keagamaan mereka di sana.
"Sekitar 176 peneroka Yahudi yang dibantu oleh tentera elit Israel telah menyerbu masuk ke perkarangan Masjid Al-Aqsa sejak pagi ini. Kumpulan peneroka Yahudi itu cuba untuk melakukan upacara kegamaan berasaskan kitab Talmud berhampiran Masjid Al-Qibali dan Kubah batu. Akan tetapi mereka dihalang oleh jemaah yang hadir serta pengawal masjid," kata Qiswani seperti yang dinukilkan oleh agensi berita Anadolu.
Dia turut menambah bahawa pihak polis rejim haram Israel turut menahan seorang pengawal masjid di dalam insiden tersebut.
28 Disember 2016 - 17:02
News ID: 801361
Seramai 176 penduduk Yahudi yang dibantu oleh tentera khas Israel telah menyerbu Masjid Al-Aqsa yang terletak di Al-Quds. Perkara itu dilaporkan oleh pengarah masjid tersebut, Syeikh Omar Qiswani.